Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Foto fail Bernama

Kerajaan Sabah komited kekal persekitaran media yang adil dan saksama

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Sept: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited untuk mengekalkan persekitaran media yang adil dan saksama di Sabah selain memastikan semua suara boleh didengari dan pandangan dihormati.

Beliau berkata menghormati dan melindungi kebebasan media adalah tonggak penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

“Kerajaan negeri tetap teguh dalam hal ini, justeru  kami akan terus menyokong Kinabalu Press Award  tahunan untuk mempromosikan kecemerlangan kewartawanan serta menggalakkan dan mengiktiraf bakat baharu,” katanya.

Selain itu, berucap di  majlis Kinabalu Press Award (KPA) 2024 di Hotel Hilton di sini malam Ahad , Hajiji berkata pelaporan yang bertanggungjawab memberi impak kepada integriti laporan  berita.

“Wartawan dan organisasi media mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard etika  termasuk mengesahkan dan menyemak maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai serta memberikan liputan seimbang merangkumi semua perspektif.

“Ini akan memastikan laporan mereka kekal neutral dan objektif,” katanya sambil meluahkan rasa gembiranya melihat media di Sabah secara amnya telah menunjukkan sokongan dengan melaporkan semua agenda pembangunan kerajaan negeri semasa.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri berbangga untuk terus menjadi penaja utama KPA dan berharap dedikasi pengamal media terus berada di tahap tertinggi dalam melaporkan berita yang benar dan tepat.

Selain itu, Hajiji turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan yang terbaru, SMJ Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA dan berharap lebih banyak pihak akan mencontohi usaha menyokong industri media. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan