Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 1,332 orang daripada 426 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,384 orang daripada 444 keluarga petang tadi. Foto fail Bernama

Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 1,332 orang

ByBernama

ALOR SETAR, 30 Sept: Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 1,332 orang daripada 426 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,384 orang daripada 444 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Pokok Sena mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 707 orang daripada 224 keluarga yang ditempatkan di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Di Kota Setar, 416 orang daripada 130 keluarga berlindung di PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas dan SMK Alor Merah.

Sebanyak 209 orang daripada 72 keluarga di Kubang Pasu pula masih berada di PPS Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 8 malam ini, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang melebihi paras bahaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan