Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iran mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan setiausaha agung Hizbullah, Seyyed Hassan Nasrallah dalam serangan Israel Sabtu lepas, melabelkannya sebagai ‘jenayah perang’ dan melanggar integriti wilayah Lubnan. Foto fail AFP

Iran kecam pembunuhan ketua Hizbullah Nasrallah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Iran mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan setiausaha agung Hizbullah, Seyyed Hassan Nasrallah dalam serangan Israel Sabtu lepas, melabelkannya sebagai ‘jenayah perang’ dan melanggar integriti wilayah Lubnan.

Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Kedutaannya di sini juga menganggap Amerika Syarikat bertanggungjawab secara langsung dan bersekongkol dalam jenayah antarabangsa dan tindakan pengganas.

Kementerian itu menyifatkan kematian Nasrallah sebagai “syahid” yang terkorban mempertahankan pembebasan Palestin dan Al-Quds, sambil menegaskan kematiannya tidak akan mengganggu perjuangan mereka menentang penjajah pengganas.

Kerajaan dan rakyat Iran akan terus memberi sokongan kepada Palestin dan Lubnan serta seluruh Asia Barat sehingga penjajahan dihentikan dan pemulihan hak untuk menentukan nasib sendiri serta membebaskan Palestin dan Al-Quds.

“Dan tanpa ragu-ragu, tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis dan peningkatan kekejaman dengan membunuh pemimpin penentang akan meningkatkan keazaman negara dan kerajaan Iran untuk menyokong rakyat yang tertindas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa tindakan berterusan rejim Zionis dalam melakukan jenayah antarabangsa termasuk genosid, jenayah perang dan pencerobohan, menunjukkan bahawa Zionis dan penyokong mereka akhirnya akan dibawa ke muka pengadilan dan tidak akan terlepas daripada hukuman.

“Iran akan menggunakan semua kapasitinya dari sudut politik, diplomatik, perundangan dan antarabangsa untuk menyokong rakyat Palestin dan Lubnan di peringkat serantau dan antarabangsa, serta akan berdiri bersama Palestin dan Lubnan untuk menghukum penceroboh,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Kedutaan Iran di Malaysia akan mengadakan majlis doa untuk Nasrallah dan mereka yang terkorban dalam serangan terbabit pada 3 Okt dari 5 petang hingga 7 malam di 105, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan