Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Gulf Cooperation Council (GCC), Majlis Kerjasama Teluk. Foto AFP

GCC gesa gencatan senjata segera di Lubnan

ByBernama

RIYADH, 30 Sept: Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jassim Mohammed Al-Budaiwi menegaskan semula sokongan tidak berbelah bahagi GCC terhadap rakyat Lubnan serta komitmennya terhadap kedaulatan, keselamatan dan kestabilan Lubnan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Beliau menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata dan menyeru untuk mengelakkan peningkatan operasi ketenteraan di sepanjang sempadan Lubnan-Israel, melindungi orang awam, menahan diri, mengelak konflik serantau, dan mencegah penyebaran keganasan di rantau itu.

Al-Budaiwi mengulangi pendirian yang digariskan dalam kenyataan menteri GCC, menggesa pelaksanaan penuh Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.

Resolusi itu menyeru Israel menghormati sempadan Lubnan dan perluasan kuasa kerajaan Lubnan di seluruh wilayahnya, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan lain dan Perjanjian Taif.

Matlamatnya adalah untuk Lubnan melaksanakan kedaulatan penuh, tanpa senjata yang hadir tanpa kelulusan kerajaan dan tiada kuasa yang melebihi daripada kuasa negara.

Kenyataan itu juga menekankan kepentingan mempercepatkan pemilihan presiden Lubnan dan melaksanakan reformasi ekonomi penting bagi membolehkan kerajaan memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan