Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota tentera cedera dalam insiden letupan bom kereta berhampiran kediaman rasmi Ketua Daerah Tak Bai, Narathiwat, di selatan Thailand pada Ahad. Foto hiasan Envato

Dua tentera cedera dalam insiden letupan berhampiran kediaman Ketua Daerah Tak Bai

ByBernama

NARATHIWAT, 30 Sept: Dua anggota tentera cedera dalam insiden letupan bom kereta berhampiran kediaman rasmi Ketua Daerah Tak Bai, Narathiwat, di selatan Thailand pada Ahad.

Jurucakap Komando Operasi Keselamatan Dalam Negeri Bahagian Ke-4 (ISOC-4), Kol Akwarit Chobchuphon, berkata insiden yang berlaku sekitar 9.50 malam waktu tempatan itu turut memusnahkan lima rumah penduduk yang berdekatan.

Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam insiden itu dipercayai dicuri dan dipasang dengan bahan letupan, sebelum diparkir di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak berhampiran kediaman Ketua Daerah Tak Bai.

“Kenderaan curi itu diletupkan oleh empat lelaki bersenjata yang memakai topeng muka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.

Kol Akwarit turut memaklumkan bahawa kedua-dua anggota tentera yang sedang bertugas di pusat pemeriksaan terbabit mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Narathiwat Ratchanakarin untuk mendapatkan rawatan.

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan