Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan dua individu atas tuduhan membakar sebuah sekolah perempuan di wilayah Panjshir, Afghanistan, lapor media tempatan pada Isnin, memetik agensi berita Xinhua. Foto hiasan Envato

Dua suspek ditahan atas tuduhan bakar sekolah perempuan di Afghanistan

ByBernama

KABUL, 30 Sept: Polis menahan dua individu atas tuduhan membakar sebuah sekolah perempuan di wilayah Panjshir, Afghanistan, lapor media tempatan pada Isnin, memetik agensi berita Xinhua.

Media swasta Ariana News, memetik jurucakap polis wilayah, Abidullah Aqab Farooqi berkata bahawa kedua-dua suspek mengaku bersalah membakar Sekolah Perempuan Bibi Amina pada malam Ahad.

Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh satu jam, sekali gus mengelakkan kerosakan besar pada bangunan sekolah, kata Farooqi.

Pelajar perempuan dari gred tujuh hingga peringkat universiti masih tidak dibenarkan menghadiri kelas sehingga notis selanjutnya dikeluarkan di Afghanistan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan