Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM). Foto hiasan Envato

Bayi lahir 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun – DOSM

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Seorang bayi yang dilahirkan pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menerusi laporan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2024, DOSM berkata seorang bayi perempuan yang lahir pada tahun ini dijangka hidup sehingga 77.8 tahun iaitu 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki iaitu 73 tahun.

Tiga negeri yang mencatatkan jangkaan hayat melebihi jangkaan paras nasional (75.2 tahun) iaitu Selangor (78 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (77.8 tahun) dan Kuala Lumpur (76.2 tahun).

Jabatan Perangkaan berkata seorang bayi perempuan yang lahir pada tahun 2024 dijangka hidup sehingga 77.8 tahun, manakala bayi lelaki sehingga 73 tahun. Foto: Jabatan Perangkaan (DOSM)

“Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2022 hingga 2024, manakala Terengganu merekodkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh sama menurut laporan itu.

“Mengikut daerah pentadbiran pula, Petaling di Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi (80.2 tahun) bagi 2024 manakala Samarahan, Sarawak catat jangkaan hayat ketika lahir tertinggi pada 2022 (79.5 tahun) dan 2023 (79.6 tahun) di peringkat daerah,” jelas DOSM menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Kuala Penyu, Sabah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2022 iaitu 63.7 tahun, 2023 (63.3 tahun) dan 2024 (63.4 tahun).

Dalam pada itu, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi tahun ini, berbanding etnik lain iaitu 74.5 tahun bagi lelaki dan 80.2 tahun bagi perempuan.

Seorang lelaki dan perempuan yang mencapai umur 15 tahun pada 2024 pula, masing-masing dijangka hidup selama lebih 58.8 tahun dan 63.4 tahun lagi, sehingga 73.8 tahun dan 78.4 tahun.

“Lelaki dan perempuan yang berumur 65 tahun pada 2024, masing-masing dijangka hidup selama 18.6 tahun dan 21.4 tahun lagi.

“Lelaki dan perempuan yang berumur 64 tahun pada 2024 masing-masing dijangka hidup selama 15.1 tahun dan 17.4 tahun lagi,” tambah kenyataan itu.

Tags: bayi, dosm, lahir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan