Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bakal Perdana Menteri Jepun yang baharu Shigeru Ishiba berkata pada Isnin bahawa beliau merancang untuk mengadakan pilihan raya umum pada 27 Okt ketika beliau bersiap sedia mengambil alih jawatan, lapor Xinhua. Foto AFP

Bakal PM baharu Jepun Ishiba rancang adakan pilihan raya umum pada 27 Okt

ByBernama

TOKYO, 30 Sept: Bakal Perdana Menteri Jepun yang baharu Shigeru Ishiba berkata pada Isnin bahawa beliau merancang untuk mengadakan pilihan raya umum pada 27 Okt ketika beliau bersiap sedia mengambil alih jawatan, lapor Xinhua.

Dewan Rendah Parlimen akan dibubarkan pada 9 Oktober, kata Ishiba kepada pemberita, menekankan kepentingan mendapatkan mandat orang ramai secepat mungkin.

Bekas menteri pertahanan berusia 67 tahun itu menewaskan Menteri Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi dalam pilihan raya pada Jumaat untuk mengetuai Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah negara itu.

Memandangkan gabungan pimpinan LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen di Jepun, Ishiba, sebagai ketua parti baharu, akan dipilih sebagai perdana menteri dalam sesi Parlimen luar biasa pada Selasa untuk menggantikan Fumio Kishida.

Di Jepun, perdana menteri baharu sering mengadakan pilihan raya mengejut untuk membubarkan Dewan Rendah pada tarikh awal untuk memanfaatkan penarafan kelulusan yang tinggi untuk mendapatkan mandat awam dan meneruskan agenda politiknya.

Pada sidang akhbar berikutan kemenangannya pada Jumaat, Ishiba berikrar memberikan “usaha penuh” untuk membina semula kepercayaan dan perpaduan dalam LDP, menyeru sebuah parti yang merendah diri, adil dan telus, iaitu peraturan dipatuhi dan pemimpin boleh dipertanggungjawabkan oleh rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan