Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan lalu terjunam ke dalam gaong sedalam 3.04 meter di Jalan Simpang SOP Gelasah, Jalan Pan Borneo, Batu Niah, Miri, pagi tadi. Foto JBPM

3 cedera, dua kenderaan kemalangan terjunam ke dalam gaong

MIRI, 30 Sept: Tiga cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan lalu terjunam ke dalam gaong sedalam 3.04 meter  di Jalan Simpang SOP Gelasah, Jalan Pan Borneo, Batu Niah di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Jeffrey Majin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.50 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Mitsubishi dan pikap berada di dalam gaong sedalam 3.04 meter.

“Terdapat dua orang mangsa cedera iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 25 tahun dan tidak tersepit berada dalam pikap manakala seorang mangsa wanita berusia 39 tahun cedera dan tidak tersepit berada dalam kereta Mitsubishi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi menggunakan PPE lengkap dan satu alat pengusung untuk mengeluarkan dua orang mangsa dari pikap dan seorang dari Mitsubishi.

“Pihak bomba membuat penstabilan ke atas mangsa dengan pemasangan cervical collar kepada ketiga-tiga mangsa kemalangan sebelum mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan dipindahkan ke tempat selamat.

“Mangsa dari kenderaan pikap diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Suai, manakala mangsa (Mitsubishi) diserah kepada KKM Bintulu dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan