KUALA LUMPUR, 30 Sept: Sebanyak 21 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada Ahad.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berkata, bagi tempoh sama sebanyak 1,436 kes kemalangan dicatatkan.
” (Namun) kes kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 315 kes berbanding 1,751 kes hari sebelumnya.
“Bagaimanapun kemalangan maut meningkat sebanyak 12 kes,” jelas jabatan berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.
Pada 27 September statistik menunjukkan sebanyak 1,724 kemalangan direkodkan di seluruh negara dengan 12 merupakan kes kemalangan maut. -TVS.