Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bercakap dalam sidang media di Lapangan Terbang Miri di sini, hari ini. Foto UKAS

Sedia bekerjasama untuk projek naik taraf Lapangan Terbang Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Sept: Kementerian Pengangkutan Sarawak akan memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mempercepatkan projek menaik taraf serta pembesaran Lapangan Terbang Miri.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, beliau telah bermesyuarat dengan MAHB di Kuala Lumpur mengenai keperluan dan rancangan untuk projek naik taraf tersebut.

“MAHB mengemukakan rancangan dan kita bersetuju dengan pelan pengoptimuman untuk Lapangan Terbang Miri iaitu menambah dan membesarkan terminal untuk kapasiti empat juta penumpang setahun.

“Pada masa sama, aerobridge turut ditambah selain tempat untuk daftar masuk. Ini sangat penting kerana Miri merupakan bandar raya perangingan,” katanya.

Kim Shin berkata, Lapangan Terbang Miri perlu bersedia dengan penerbangan antarabangsa.

“Ia berikutan beberapa kawasan tumpuan diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan seperti Gunung Mulu dan Gua Niah,” ujarnya.

Menurutnya, MAHB mengemukakan RM150 juta untuk Lapangan Terbang Miri dan RM71 juta bagi kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Sekarang ada penerbangan ke Singapura, kita mahu ada penerbangan ke negara lain seperti China dari Miri,” jelasnya.

Kim Shin menjelaskan, projek tersebut dijangka bermula tahun depan dan dijangka siap 2027.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Miri bagi menampung keperluan sektor pelancongan yang semakin berkembang di Sarawak.

Perkara itu katanya akan dibincang bersama kementerian berkaitan bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan