Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah motosikal terbakar di Kampung Pinang Jawa. Foto JBPM

Sebuah motosikal musnah terbakar

KUCHING, 29 Sept: Sebuah motosikal terbakar di Kampung Pinang Jawa malam tadi.

Komander Operasi, Rahman Abang Deni berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.36 tengah malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang terbakar keseluruhan.

“Namun, kejadian ini tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera FRT sehingga padam keseluruhannya.

“Kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca api di tempat kejadian.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan