Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto AFP

Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine

ByBernama

MOSCOW, 29 Sept: Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa di bandar Voronezh, barat daya Rusia melaporkan kerosakan yang disebabkan oleh serpihan dron yang jatuh.

Kebakaran juga dilaporkan berlaku.

Gabenor Voronezh Alexander Gusev berkata beberapa kereta, dua pangsapuri dan sebuah taman permainan kanak-kanak mengalami kerosakan.

Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan di Moscow melaporkan 125 serangan dron berjaya dipatahkan. Selain Voronezh, kawasan sempadan Belgorod dan Rostov juga menjadi sasaran.

Menurut kementerian itu, wilayah Bryansk, Kursk dan Krasnodar turut diserang dalam kes terpencil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan