Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerima cenderamata semasa Program Bomba Sarawak Outreach "Towards A Resilient Community" di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 4 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Program Outreach Bomba platform didik kanak-kanak pengurusan kebakaran

KUCHING, 29 Sept: Program Outreach Bomba “Towards A Resilient Community” berperanan penting sebagai platform mendidik golongan kanak-kanak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia memberi pendedahan tentang pengurusan kebakaran yang boleh dipelajari sebagai panduan atau bekalan pengetahuan kanak-kanak.

Katanya, ia juga turut membentuk cara kerja yang harmoni sekali gus melahirkan rasa kerjasama antara pegawai-pegawai dan anggota bersama komuniti sekolah.

“Pada petang ini, program outreach ini dengan 15 buah sekolah Cina dan ia sangat penting bagi anak-anak sekolah.

“Mereka membawa program tersebut ke sekolah, komuniti, rumah, dan beritahu ibu bapa mereka apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Program Bomba Sarawak Outreach “Towards A Resilient Community” di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 4 di Kuching pada Ahad.

Program yang berlangsung selama sehari di SJK Chung Hua No.4 telah menganjurkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh kanak-kanak sebagai satu bentuk pendidikan.

Semasa program berlangsung, sebanyak 15 buah sekolah telah menerima bantuan alat pemadam api daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan