Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama perwakilan belia PBB Cawangan Pantai Damai

Perwakilan 18 ranting hadiri Mesyuarat Pergerakan Belia PBB Pantai Damai

ByMahathir Haroun

KUCHING, 29 Sept: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Belia Cawangan yang dihadiri perwakilan dan pemerhati dari 18 ranting PBB.

Naib Presiden PBB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pembentukan sayap belia di Pantai Damai sudah bermula sejak tahun lepas.

Menurutnya, pembentukan sayap belia dalam PBB merupakan cetusan idea Premier Sarawak yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ia (pembentukan sayap belia) menjadi sejarah kepada PBB kerana mempunyai sayap baharu iaitu pergerakan belia iaitu generasi muda yang berusia 18 tahun ke atas.

“Presiden kita mahu mewujudkan sayap parti yang disertai anak muda terutama mereka yang bakal mewarisi kepimpini.

“Semua 82 cawangan PBB bersetuju dengan rancangan penubuhan sayap belia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Belia PBB Cawangan Pantai Damai 2024 – 2027 di sini, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) menjelaskan, sejak rancangan menubuhkan pergerakan belia dimulakan tahun lepas, maklum balas daripada anak muda sangat positif.

“Kita memang sudah ada anak muda yang mahu terlibat, cuma kita mahu mengajak mereka menjadi lebih berani dalam memimpin.

“Setakat ini saya melihat mereka menjalankan tugas dengan begitu baik dan ia merupakan petanda baik kepada barisan pelapis kepimpinan di Pantai Damai,” ujarnya.

Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Pantai Damai termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda akan diadakan hujung bulan depan.

Secara keseluruhannya, PBB Cawangan Pantai Damai mempunyai 37 ranting dan 17,455 ahli.

Turut hadir Timbalan Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Merdehi Mas, Ketua Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Dayang Nora Awang Sahbudin, Ketua Pemuda PBB Cawangan Pantai Damai Adzim Adzmi Abdul Rahman dan Ketua Pergerakan Belia PBB Cawangan Pantai Damai Nurashniza Ashwin Usin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan