Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Bahagian Kapit di Rumah Robert Nanga Sebatu hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Peruntukan RM2 juta atasi masalah hakisan sungai di Rumah Robert Nanga Sebatu

BySteward Dawi

KAPIT, 29 Sept: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi mengatasi masalah hakisan sungai di Rumah Robert Nanga Sebatu di sini, yang berada berhampiran dengan sungai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap kali air pasang hakisan sungai akan terus berlaku dan sekiranya tidak ditangani lebih awal masalah itu akan menjejaskan kawasan rumah panjang.

“Tadi saya telah menghubungi pihak Kementerian Kewangan di hadapan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi memastikan kita (kerajaan) ada jumlah peruntukan yang diperlukan itu.

“Sebab kita tidak mahu menteri-menteri memberi kelulusan projek terlebih dahulu tetapi duit atau bajet tidak ada atau tidak cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Bahagian Kapit di Rumah Robert Nanga Sebatu hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Jelasnya, sekiranya masalah itu berlanjutan dan tidak diatasi lebih awal berkemungkinan akan memerlukan kos yang lebih tinggi jika lewat dilaksanakan.

“Projek ini penting bagi memastikan keselamatan penduduk di rumah panjang ini dan kawasan di sekitarnya tidak terjejas akibat masalah hakisan sungai ini,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar dan Abang Johari hadir ke Majlis Lawatan Tapak Projek Membina Jalan dan Jambatan Baharu yang menghubungkan Jalan Nanga Belawai ke Jalan Song-Kapit dan Majlis Pecah Tanah Projek Baharu Pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan