Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit, di Dewan Suarah Kapit, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pembangunan luar bandar Sarawak, Sabah perlu dipercepat – Anwar

ByAhmad Burhanuddin

KAPIT, 29 Sept: Proses pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah perlu dipercepatkan supaya tidak wujud jurang perbezaan yang terlalu ketara.

Untuk itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sentiasa memastikan peruntukan kepada dua wilayah ini lebih besar berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Ada keperluan untuk kita percepatkan proses pembangunan itu supaya tidak ada kesenjangan atau perbezaan ketara di antara kota dan desa, di antara negeri di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak.

“Sebab itu, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak itu lebih tinggi dan saya tidak rasa bersalah, yang mana saya juga ada menerangkan kepada rakan-rakan saya di Parlimen.

“Tan Sri Leonard Linggi Jugah lebih tahu, kadang-kadang mungkin dahulu kita cuai sedikit, peruntukan itu mungkin sepatutnya didahulukan seperti sekolah atau klinik tetapi ia sedikit ketinggalan, maka (sekarang ini) kita harus percepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit, di Dewan Suarah Kapit di sini, hari ini.

Tambah Anwar, segala projek pembangunan yang ketinggalan terutamanya di bawah Kerajaan Persekutuan yang belum mendapat kelulusan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga akan diluluskan dan disegerakan.

“Sudah tentu kosnya tinggi. Kos pembinaan mencecah lebih RM500 juta, tetapi Menteri Kerja Raya kita ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, jadi jika lambat, anda semua bolehlah menyoal beliau,” ujarnya.

Selepas itu, Anwar turut menyempurnakan majlis pecah tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit dan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong, sebelum menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan