Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada majlis penangguhan Pesta Belawai pada Ahad,.Foto TVS

Pantai Belawai tarikan baharu pelancongan wilayah tengah

TANJUNG MANIS, 29 Sept: Peruntukan besar untuk membangunkan Pantai Belawai membuktikan Kerajaan Sarawak serius membangunkan kawasan tersebut kerana menyedari peranan pentingnya dalam meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu dapat dilihat melalui peruntukan yang disalurkan secara berperingkat sejak 2014.

Malah menurutnya, kawasan itu mempunyai potensi besar sebagai tarikan baharu yang mampu menjana perkembangan industri pelancongan wilayah tengah pada masa depan.

“Saya ingin memaklumkan pembangunan Pantai Belawai ini tidak terhenti setakat ini, yang terbaharu kerajaan meluluskan projek pembangunan dan pembinaan pantai pelancongan di belawai bernilai RM161 juta.

“Apabila projek ini siap dilaksanakan, Pantai Belawai akan menjadi pantai yang cantik yang lengkap pelbagai kemudahan yang boleh menarik lebih ramai pengunjung,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Belawai pada Ahad.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) menanam tukun tiruan di perairan di Pantai Belawai pada tahun 2018 sebagai tempat pembiakan ikan sekali gus menyuburkan ekosistem marin di kawasan itu.

“Langkah proaktif ini bertujuan memperkasakan ekonomi nelayan tempatan. Tidak sekadar itu, kita juga berupaya menyediakan pelbagai sumber pendapatan baharu,” ujarnya.

Abang Johari juga optimis sistem perhubungan jalan raya dan jambatan yang menghubungkan Daerah Tanjung Manis dengan daerah lain di sarawak siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Bagi merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan Tanjung Manis katanya, kerajaan menyediakan prasarana lengkap yang berperanan sebagai platform penting untuk menarik lebih ramai pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan