MIRI, 29 Sept: Penggunaan MyDigital ID wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mengatasi isu penipuan.
Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID Sdn Bhd Mohd Azuddin Parman berkata, sistem pengenalan digital atau MyDigital ID itu merupakan satu identiti unik untuk individu warga Malaysia yang disambungkan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahan.
“Ini adalah sangat penting untuk mengendalikan sebagai contoh, penipuan kerana kami tahu identiti anda semasa pendaftaran. Saya fikir anda perlu mengesahkan melalui kad pengenalan yang menggunakan biometrik anda dan didaftarkan secara dalam talian tetapi anda membuat pengesahan muka dan akan dibandingkan dengan data dari JPN untuk pengesahan dan yang penting adalah hala tuju untuk projek ini.
“Sasaran kami untuk disepadukan kepada semua aplikasi terutamanya aplikasi kerajaan dan dilaksanakan secara log masuk tunggal. Jadi anda tidak perlu mengingati banyak kata laluan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TVS di Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang di sini, hari ini.
Tambahnya, kerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan penyelesaian kes penipuan.
Selain MyJPJ, sistem MyDigital ID kini telah diintegrasikan dengan beberapa aplikasi kerajaan seperti Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia mudah alih, MySejahtera dan portal MyGov dengan platform berkenaan turut menyaksikan lebih banyak integrasi dengan perkhidmatan kerajaan dalam masa terdekat. – TVS