Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar semasa MyCARE Roadtour 2.0 di Masjid Hidayatul Rahman Kampung Gersik Kuching di Kuching pada Ahad. Foto TVS

MyCARE berjaya kumpul dana RM205 juta untuk inisiatif kemanusiaan

KUCHING, 29 Sept: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya mengumpul dana RM205 juta sejak ditubuhkan pada 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, MyCARE menyumbang kepada 25 negara yang terkesan dengan bencana seperti gempa bumi, tsunami dan banjir.

Menurutnya, inisiatif kemanusiaan yang dilaksanakan MyCARE adalah berasaskan keperluan yang ada untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.

“Sejak Februari 2010 hingga kini, MyCARE telah menyumbang kepada masyarakat di 25 negara. Sebagai contoh di Nepal, penduduk Muslim hanya lima peratus namun atas faktor kemanusiaan, kita pergi membantu membina 15 rumah untuk penduduk terkesan gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa MyCARE Roadtour 2.0 di Masjid Hidayatul Rahman Kampung Gersik Kuching di Kuching pada Ahad.

Tambahnya, walaupun fokus penubuhan MyCARE adalah untuk membantu rakyat di luar negara namun sejak berlakunya COVID-19 di Malaysia pada tahun 2020, pihaknya menyalurkan bantuan di dalam Malaysia.

Sehubungan itu menurutnya, MyCARE menetapkan 25 peratus bantuan yang fokus kepada bantuan di dalam negara sejak 2010 hingga kini.

“Selepas COVID-19 berlaku, kami mendapat banyak panggilan daripada masyarakat yang bertanyakan sama ada MyCARE membantu rakyat Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Kamarul menjelaskan, Program MyCARE Roadtour 2.0 di seluruh Malaysia bertujuan memberi pendedahan serta mendidik masyarakat berkenaan isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“Melalui program ini, kita ada jaringan media untuk mendidik masyarakat umum tentang isu semasa tentang apa yang sedang berlaku serta saluran yang sesuai untuk menyampaikan bantuan.

“Sebab pada masa ini, semua NGO terkesan dengan isu semasa maka masyarakat perlu tahu saluran yang sesuai untuk mereka membantu,” kata Kamarul.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan