Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto Aziz Soleh (TVS)

Masa depan Sarawak dalam peralihan tenaga cerah

ByAhmad Burhanuddin

KAPIT, 29 Sept: Sarawak mempunyai masa depan cerah dalam aspek peralihan tenaga terutama dengan wujudnya empangan yang dibina di kawasan ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, solar terapung yang diletakkan di empangan biasanya hanya bertahan selama empat jam dan memerlukan bateri namun pengeluaran tenaga yang lebih konsisten boleh dijana pada masa kini menerusi teknologi hibrid melibatkan hidro dan solar.

“Sekarang ini jika ada jalan, rumput pun boleh dijadikan tenaga elektrik kerana ia boleh ditukar menjadi biojisim yang boleh mengeluarkan elektrik.

“Siapa sangka rumput boleh jana elektrik melalui teknologi baharu dan jika ada jalan raya, kita boleh buka kawasan untuk menanam rumput yang mana pertama untuk pengeluaran elektrik dan satu lagi untuk kerbau dan sapi yang boleh menambah pendapatan penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit, di Dewan Suarah Kapit, di sini, hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, selain rumput, kawasan sungai di Kapit pula boleh dijadikan tempat untuk menternak alga.

“Ia (alga) boleh menjadi minyak kapal terbang. Jadi kita di Sarawak boleh mengeluarkan sisa-sisa rumput menjadi elektrik, manakala lumut pula menjadi minyak kapal terbang.

“Oleh itu, jika Sarawak ini mempunyai infrastruktur yang lengkap, ia akan dapat menggerakkan Malaysia sebagai negara penting dari segi tenaga. Saya juga selalu cakap jika Sarawak maju, Malaysia juga akan maju,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan