Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Negeri Kumpulan 77 (G77) yang ke-48 disela-sela UNGA 2024. Foto Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (FB)

Malaysia gesa pelantikan Utusan Khas PBB untuk tangani Islamofobia, seru toleransi global

ByBernama

NEW YORK, 29 Sept: Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Utusan Khas untuk Memerangi Islamofobia, sambil menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang semakin meningkat terhadap golongan minoriti, khususnya umat Islam.

“Kami terkejut dengan trend kebencian, tidak bertoleransi , dan tindakan keganasan terhadap umat Islam yang semakin membimbangkan. Ini tidak boleh berterusan. Dalam era globalisasi, terdapat ruang untuk semua orang hidup bersama. Tanggungjawab kita, di bawah panji dunia yang bersatu, adalah memastikan keamanan akan kekal.

“Malaysia menggesa pelantikan segera Utusan Khas PBB untuk Memerangi Islamofobia,” kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menekankan keperluan mendesak untuk langkah-langkah mempromosikan toleransi beragama, dengan menyatakan bahawa “terdapat ruang untuk semua orang hidup bersama dalam era globalisasi.”

Mohamad juga mengulangi kesediaan Malaysia untuk menyokong usaha PBB dalam memupuk dialog antara komuniti bagi mempromosikan pemahaman dan penerimaan bersama.

“Kami bersedia menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh PBB ke arah memupuk dialog antara komuniti yang akan mempromosikan penerimaan dan pemahaman di seluruh dunia,” katanya.

Sambil mengakui bahawa Islamofobia masih menjadi ancaman besar kepada umat Islam di seluruh dunia, Mohamad menegaskan bahawa isu kebencian terhadap mana-mana kumpulan agama turut menggugat nilai-nilai sejagat mengenai keadilan dan keamanan.

“Islamofobia adalah ancaman kepada umat Islam, tetapi kebencian terhadap pengikut mana-mana agama menggugat nilai-nilai sejagat mengenai keadilan dan keamanan yang kita semua berikrar untuk lindungi.

Kita mesti bertindak sekarang. Tiada tempat untuk kebencian atau tidak bertoleransi  di dunia kita,” katanya.

Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah  “Tiada Seorang Pun Ditinggalkan: Bertindak Bersama untuk Kemajuan Keamanan, Pembangunan Mampan dan Maruah Manusia untuk Generasi Masa Kini dan Akan Datang.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan