Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuala Lumpur City (KL City) FC bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan selesa 4-2 ke atas Penang FC pada perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini. Foto Kuala Lumpur City (FB)

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Kuala Lumpur City (KL City) FC bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan selesa 4-2 ke atas Penang FC pada perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.

Anak buah Miroslav Kuljanac ketinggalan seawal minit ketiga selepas pemain pertahanan Penang Muhammad Adib Abdul Ra’op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Bagaimanapun, lima minit kemudian ketua pasukan KL City Paulo Josue menyamakan kedudukan sebelum pemain tengah import Jovan Motika meletakkan skuad The City Boys mendahului 2-1 pada minit ke-22.

Penyerang muda skuad kebangsaan Muhammad Haqimi Azim Rosli yang dibawa masuk pada awal separuh masa kedua tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan apabila meledak gol ketiga KL City selepas menyempurnakan hantaran lintang Josue pada minit ke-56.

Pemain berusia 21 tahun itu menambah derita Penang selepas menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-74 sebelum pasukan pelawat bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya menambah gol di hujung permainan menerusi Rodrigo Dias pada minit ke-83.

Kejayaan di laman sendiri itu menyaksikan KL City merakam kemenangan kelima musim ini dan naik tiga anak tangga ke posisi kelapan liga manakala Penang FC pula ditempat ke-10 dengan masing-masing memungut 11 mata selepas 11 perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan