Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar Sarawak juara keseluruhan. Foto IPGKS Miri

IPGKS Miri dan SMK Chung Hua Miri wakil Malaysia ke WRO Turki

MIRI, 29 Sept: Institut Pengajian Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri bersama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Robotik Antarabangsa – World Robot Olympiad (WRO) Peringkat Akhir di Izmir, Turki pada 28 hingga 30 November nanti.

Kejayaan tersebut setelah Sarawak menjadi juara keseluruhan untuk Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) Peringkat Akhir Tahun 2024 pada 23 sehingga 26 September lepas di Universiti Multimedia (MMU) dengan lima emas, tiga perak dan dua gangsa.

SMK Chung Hua Miri merangkul tiga emas dan satu perak manakala IPGKS Miri merangkul dua emas, dua perak dan dua gangsa.

TVS telah menemui beberapa guru pelatih dari IPGKS Miri yang bakal menjadi peserta mewakili Malaysia untuk WRO 2024 di Turki untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka sehingga mencapai tahap ini.

Lai Chaun Choy yang turut memainkan peranan sebagai mentor buat pasukan ini selain peserta berkongsi bahawa pasukan mereka tidak berputus asa dan terus berusaha apabila menghadapi masalah dalam sesi latihan.

“Rahsia kejayaan kumpulan kami ialah kami tidak berputus asa dan berusaha untuk berlatih. Kami akan berlatih sekurang-kurangnya tiga atau lima kali dalam satu minggu untuk berlatih. Biasanya satu sesi latihan adalah antara tiga ke empat jam. Kami juga tidak berputus asa apabila kita menghadapi masalah semasa kita berlatih,” katanya.

Vun Xiu Xuan juga seorang mentor pasukan ini berkata, selain latihan intensif, mereka berusaha memastikan program dan rekaan robot mereka bersesuaian dengan kategori yang diberikan bagi mencapai kemenangan.

“Rahsia kejayaan yang paling utama ialah kita harus berusaha dengan lebih gigih. Kita juga harus sentiasa percaya bahawa usaha kita pasti akan membuahkan sesuatu hasil yang amat memadai. Kami memang akan menjalankan latihan yang intensif pada setiap malam atau masa yang kosong. Kami juga akan memastikan bahawa program kami sentiasa bersedia dan rekaan robot kami sesuai untuk membantu kita dalam mencapai kemenangan dalam kategori tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, Lai dan Vun pernah menyertai WRO Antarabangsa Peringkat Akhir di Jerman pada tahun 2022 sebagai satu pasukan dan memperoleh tempat keempat untuk kategori Future Engineers.

Bagi Pui Sin Ru yang bakal menyertai kejohanan ini buat pertama kali, disiplin yang tinggi dan kerjasama erat menjadi keutamaan selain berusaha memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan mereka.

“Rahsia kejayaan kami adalah disiplin yang tinggi, kerjasama yang erat dan juga tidak mudah berputus asa. Kami juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan kami. Pasukan kami akan terus berusaha untuk berlatih pengaturcaraan dan juga rekabentuk robot,” jelasnya.

IPGKS Miri bakal menghantar dua pasukan di bawah Kategori Future Engineers, manakala SMK Chung Hua Miri akan menghantar empat pasukan di bawah Kategori Robomission, Robosport dan Future Innovation. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan