Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shahafiq bin Abdullah dinobatkan sebagai olahragawan Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Foto Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah (FB)

Setiap kelemahan pasti ada kelebihan – Atlet Terbaik Lelaki Para SUKMA

ByBernama

KUCHING, 29 Sept:  “Setiap kelemahan pasti ada kelebihan”. Itulah kata-kata yang dipegang Atlet Lelaki Terbaik Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Shahafiq Abdullah untuk terus cekal meneruskan minatnya dalam sukan renang meskipun berdepan kecacatan fizikal sejak lahir.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang tidak menyangka dinobatkan sebagai olahragawan di Bumi Kenyalang itu berkata anugerah tersebut merupakan suntikan buatnya untuk terus melangkah lebih jauh hingga ke persada antarabangsa dalam karier yang diminatinya itu.

Katanya, beliau bersedia untuk membuat penampilan pertama di Sukan Para ASEAN Thailand 2025 sekiranya diberikan peluang untuk mewakili negara.

“Belum pernah berada dalam skuad kebangsaan, tapi nama saya disenarai pendek.

“Sasaran, saya dan jurulatih saya memang nak buktikan kemampuan di Sukan Para ASEAN. Tidak mahu terlalu yakin tapi mesti nak cuba dapatkan pingat,” katanya kepada Bernama selepas menerima Anugerah Atlet Lelaki Terbaik Para SUKMA di Stadium Perpaduan semalam.

Sementara itu, atlet Pahang Loh Chi Hui dari sukan memanah recurve menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik.

Shahafiq meraih enam pingat (empat emas, satu perak dan satu gangsa) serta memecahkan empat rekod kebangsaan sementara Chi Hui mencatatkan satu rekod kebangsaan dengan empat pingat emas.

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Dalam pada itu, Shahafiq turut menyeru atlet istimewa sepertinya yang ingin menceburi bidang sukan agar tidak malu dan tabah berusaha mengejar impian mereka.

Beliau yang mengidamkan untuk beraksi di Sukan Paralimpik satu hari nanti menjadikan perenang negara Abdul Halim Mohamad sebagai idola.

Sementara itu, Chi Hui berkata prestasi cemerlang yang ditampilkan di Para SUKMA kali ini memberikan keyakinan buatnya untuk beraksi di kejohanan antarabangsa pada masa akan datang.

“Untuk kejohanan kebangsaan, harap boleh sertai dan dapat keputusan yang bagus selepas ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan