Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah Yeoh (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah atlet lelaki terbaik kepada Shahafiq Abdullah dari Sabah pada Majlis Penutupan Para Sukma XXI Sarawak 2024 malam tadi.Foto: Faitullah Morni (TVS)

Beri perhatian terhadap kemampuan individu OKU

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Sept: Setiap lapisan masyarakat diharap dapat memberi perhatian penuh terhadap kemampuan individu orang kelainan upaya (OKU) dalam pelbagai bidang termasuk sukan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, prestasi atlet para seperto Bonnie Bunyau Gistin pada sukan powerlifting pada Sukan Paralimpik Paris membuktikan tiada halangan untuk mereka mencipta nama.

“Saya mahu semua pihak sedar kemampuan dan kelebihan atlet para di Malaysia. Sebagai menteri yang menjaga belia dan sukan, saya mahu melihat sukan menjadi medium gaya hidup sihat serta kecemerlangan belia.

“Ini kerana sukan juga mampu menjadi medium penyatuan pelbagai kaum dan budaya,” katanya pada Majlis Penutupan Para SUKMA XXI malam tadi.

Menurutnya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan lebih lima juta OKU terdapat di Malaysia termasuk warga asing.

“Bagaimanapun data Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 700,000 pendaftaran OKU dibuat setakat ini.

“Ini bermaksud masih ramai individu OKU belum didaftarkan atau mungkin disembunyikan oleh keluarga mereka,” ujarnya.

Hannah menambah, setiap orang yang berjaya perlu menjadi inspirasi kepada keluarga untuk mendaftarkan ahli keluarga OKU.

“Saya berharap masyarakat tidak malu untuk mendaftarkan ahli keluarga mereka yang tergolong dalam OKU supaya bakat dan kebolehan mereka dapat dikembangkan,” jelasnya.

Temasya Para SUKMA XXI menyaksikan Sarawak menjadi juara keseluruhan kali ke-14.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan