Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-55, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim." Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah S.W.T semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan, selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat. Daulat Tuanku,” katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dalam hantaran di Facebook merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Kelantan.

Ahmad Zahid mendoakan semoga Baginda sentiasa di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

“Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan