Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

6 maut, Rwanda berdepan wabak virus Marburg

ByBernama

KIGALI, 29 Sept: Rwanda mengesahkan enam kematian akibat penyakit virus Marburg (MVD) di tengah-tengah wabak yang telah menjejaskan 26 orang di seluruh negara, lapor Xinhua.

Bercakap pada Sabtu malam dalam siaran di Televisyen Rwanda, Menteri Kesihatan Rwanda Sabin Nsanzimana mendedahkan bahawa mangsa dan kebanyakan yang dijangkiti adalah pekerja kesihatan.

“Enam orang telah meninggal dunia akibat MVD, dan majoriti daripada mereka adalah petugas perubatan,” kata Nsanzimana.

Beliau menekankan bahawa Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama rakan kongsi berkaitan, sedang berusaha tanpa henti untuk membendung virus maut itu melalui pengesanan kontak dan pengasingan individu yang dijangkiti.

“Kami menggesa rakyat Rwanda untuk kekal berwaspada dan meningkatkan langkah pencegahan dengan memastikan kebersihan, mencuci dengan sabun, sanitasi tangan, dan mengelakkan kontak dengan individu yang dijangkiti,” katanya lagi.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan menyeru langkah pencegahan dipertingkatkan berikutan kes yang disahkan virus Marburg. Dalam satu kenyataan, kementerian itu menggariskan usaha berterusan untuk membendung penularan virus yang telah menyebabkan beberapa pesakit dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa telah melaksanakan protokol pencegahan yang lebih ketat di semua kemudahan kesihatan, termasuk pengesanan kontak yang teliti, dan pesakit yang dijangkiti telah diasingkan untuk rawatan.

Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa MVD disebarkan melalui kontak langsung dengan darah atau cecair badan individu yang dijangkiti dan bukan melalui udara.

Kementerian itu menasihatkan sesiapa yang mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala yang teruk, muntah, sakit otot, atau sakit perut untuk menghubungi Pusat Bioperubatan Rwanda atau mengunjungi kemudahan kesihatan terdekat.

Sambil memantau situasi dengan teliti, pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk kekal tenang dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan