Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut pada 28 September 2024. Foto AFP

23 terbunuh, 65 cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

ByBernama

BEIRUT, 29 Sept: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 65 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua, memetik sumber tentera Lubnan.

Sumber tentera yang enggan dikenali itu berkata pesawat dan dron Israel melancarkan kira-kira 90 serangan pada waktu petang, menyasarkan kira-kira 45 kampung dan bandar di selatan Lubnan.

Serangan itu turut mengenai beberapa klinik dan pusat pertahanan awam, mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 15 lagi cedera, kebanyakan mereka adalah doktor, paramedik, jururawat, dan anggota bomba, menurut sumber itu.

Sejak 8 Okt 2023, Hizbullah telah berbalas serangan dengan Israel di sepanjang sempadan Lubnan-Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Konfrontasi antara Hizbullah dan Israel meningkat dengan ketara selepas Israel mengumumkan perubahan tumpuan ketenteraan dari Semenanjung Gaza ke hadapan utara, bertujuan untuk berperang dengan Hizbullah sehingga penduduk utara Israel dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Pada petang Jumaat, pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas ibu pejabat Hizbullah di Dahieh, pinggir bandar selatan Beirut, dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah terkorban. Kematian Nasrallah turut disahkan oleh Hizbullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan