Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerima sumbangan dalam Program Khidmat Masyarakat Madani. Foto UKAS

Sembilan pertubuhan kebajikan terima sumbangan

MIRI, 28 Sept: Sebanyak sembilan pertubuhan kebajikan di sekitar Bahagian Miri menerima sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM27,000 pada Program Khidmat Masyarakat Madani sempena Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut dilangsungkan di Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sunflower Miri anjuran Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.

Pertubuhan yang menerima sumbangan merangkumi PDK Morsjaya Miri, PDK Bekenu, PDK Batu Niah, dan PDK Eda Beran, Long Laput.

Ia bertujuan menyantuni anak istimewa selain memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti.

Selain penyerahan sumbangan, acara lain yang turut diadakan termasuk lawatan ke kelas kraf tangan, pembuatan biskut dan kelas mencuci baju selain demonstrasi daripada jurupulih fisioterapi dan jurupulih cara kerja.

Turut hadir Penaung PUSPANITA PETRA, Datin Sri Ruziah Mohd Tahir, Pengerusi PUSPANITA PETRA, Roshana Alma Mohd Ali, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pengerusi Pertubuhan PDK Sunflower Miri, Samson Bala Palaba. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan