SERIAN, 28 Sept: Selepas enam hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, lelaki warga emas yang hilang di Kampung Slabi Empurung di sini, ditemui meninggal dunia hari ini.
Komander Operasi, James Gani berkata, jasad Jambung Ajui, 83, diumpai satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).
“Selepas itu jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Dengan penemuan jasad itu operasi SAR yang dijalankan ditamatkan pada jam 3.26 petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini
Katanya, dalam kejadian itu warga emas terbabit keluar rumah pada jam 5.30 petang 21 September lalu.
“Anaknya yang bimbang keselamatan bapanya bertindak membuat laporan pada jam 8 pagi 22 September lalu bagi memihin ooerasi SAR dijalankan,” ujarnya.
Turut serta dalam operasi SAR itu merangkumi polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung.- TVS