Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto ihsan RTM

Sarawak wilayah contoh perpaduan, tiada isu agama dan perkauman

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

MIRI, 28 Sept: Kesefahaman dan perpaduan yang padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak menjadi asas kukuh kepada kesejahteraan negara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kekuatan sedia ada itu, Sarawak dapat menjadi wilayah contoh dan tulang belakang kepada kesejahteraan dan kemakmuran berpanjangan Malaysia.

“Kalau hari Jumaat orang susah meletakkan kereta parkir maka pihak gereja membuka kawasannya untuk orang Islam meletakkan kereta. Kalau hari Ahad masyarakat Kristian pergi gereja, orang masjid akan membukanya dan mereka akan meletakkan kereta di situ. Inilah persefahaman yang ada dalam kalangan rakyat Sarawak. Mereka duduk di bawah satu bumbung demi keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.

“Yang utama adalah untuk kita membangunkan masyarakat dan negeri kita dalam bentuk sebuah negara Malaysia. sebab itulah saya rasa sehingga sekarang tidak ada masalah besar yang ada di hubungkan agama, mahupun budaya. Ini menjadi asas untuk kita membangunkan Sarawak dan menstabilkan Sarawak. Apabila Sarawak stabil kita juga membantu untuk mengukuhkan kestabilan semua di Malaysia,” katanya.

Abang johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Madani Rakyat di Miri pada Sabtu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan