Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lions Club of Kuching Unity dan Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) Manjeet Sidhu (berdiri dua dari kiri) bersama ahli lain merakam kenagan bersama Ketua Koordinator Pendermaan Organ Negeri Sarawak merangkap doktor bertanggungjawab ke atas Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) di Hospital Umum Sarawak (SGH), Dr Uma Devi Ramadass (duduk dua dari kiri) di Kuil Gurdwara Sahib Sikh hari ini.

Pupuk kesedaran derma organ, Lions Club Kuching dan PPIS dekati belia

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING 28 Sept: Usaha memupuk kesedaran pendermaan organ di Sarawak dipergiat dalam kalangan penganut Sikh terutama golongan belia di sini.

Inisiatif Lions Club of Kuching Unity dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) itu dengan membawakan Ketua Koordinator Pendermaan Organ Negeri Sarawak merangkap doktor bertanggungjawab ke atas Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) di Hospital Umum Sarawak (SGH), Dr Uma Devi Ramadass ke Kuil Gurdwara Sahib Sikh, di Kuching untuk mendekati golongan belia penganut itu pada hari ini.

Pengerusinya, Manjeet Sidhu berkata selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia inisiatif berkenaan juga keseinambungan program Kem Kesihatan yang dianjurkan dua badan bukan kerajaan (NGO) itu di sekitar Bandaraya ini.

“Kita bawakan pakar (Dr Uma) sendiri ke sini (Kuil Gurdwara Sahib Sikh) untuk memberi pemahaman kepada penganut Sikh.

“Selain itu Dr Uma juga akan menjawab sebarang kemusykilan mereka berkaitan pendermaan organ,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Golongan belia dalam kalangan penganut Sikh sedang mendengar penerangan pendermaan organ yang disampaikan Dr Uma Devi Ramadass

Menurut Manjeet, selaku NGO yang giat mendekati masyarakat, pihaknya menyokong pendermaan organ di negara ini.

“Ia (pendermaan organ) adalah amalan mulia. Kita harus pupuk anak muda kita untuk mendaftar sebagai pengkirar penderma organ kerana mungkin organ atau tisu kita akan memberi peluang kedua untuk orang lain juga selepas ini,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Uma optimis peningkatan penderma organ ke arah positif akan berlaku di wilayah ini.

“Salah satu pendekatan kita adalah mengadakan pertemuan empat mata dengan masyarakat terutama golongan belia untuk memberi pemahaman secara mendalam kepada mereka berkenaan kepentingan pendermaan organ dalam kalangan rakyat Sarawak,” ujarnya.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found