Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Jamuan Negeri bersempena lawatan beliau ke Sarawak. Foto Salasiah Safian

Projek pembesaran Lapangan Terbang Miri diluluskan

BySalasiah Safian

MIRI, 28 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Miri.

Beliau berkata, projek tersebut perlu segera dilaksanakan dan ia akan dibincangkan dengan menteri kewangan serta menteri pengangkutan.

“Saya bersetuju untuk pembesaran Lapangan Terbang Miri dan ia akan dibincangkan semula dengan menteri kewangan dan menteri pengangkutan. Di Miri, antara hal yang diberi perhatian adalah lapangan terbang.

“Ini kerana ketibaan pelancong boleh dikatakan meningkat hampir 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jamuan Negeri bersempena lawatan beliau di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menyatakan cadangan projek naik taraf tersebut melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun kepada tiga juta setahun.

Skop projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri kelak akan meliputi pembesaran dan naik taraf bangunan di kawasan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), penambahan kaunter daftar masuk, pejabat baharu bagi jabatan kerajaan dan syarikat penerbangan, papan tanda dan penunjuk arah, kerja penambahbaikan di tingkat pertama balai pelepasan, penerapan elemen Revolusi Industri (IR) 4.0, penambahan Jambatan Menaiki Penumpang (PBB) dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) baharu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan