Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu yang hadir semasa Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Kekompetenan di Yayasan Sarawak. Foto TVS

Pengangkutan air percuma bukti keprihatinan terhadap pelajar kurang mampu

KUCHING, 28 Sept: Perkhidmatan pengangkutan air percuma menjadi bukti komitmen dan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata, ia diperluaskan ke kawasan perairan utama untuk mengatasi cabaran geografi wilayah ini memandangkan masih terdapat pelajar sekolah yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan tersebut.

Menurutnya, melalui perkhidmatan tersebut, ibu bapa tidak perlu risau mengenai pengangkutan, keselamatan dan kos kerana operator bot penumpang mempunyai lesen pengendalian secara sah.

“Kita sedar ini amat penting dan keselamatan menjadi keutamaan semasa mengendalikan bot.

“Inilah hasrat kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak, kita mahu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Kekompetenan di Yayasan Sarawak hari ini.

Perkhidmatan pengangkutan air percuma dikendalikan Yayasan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Lebih kurang 26 operator bot penumpang menyertai Program Perakuan Kekompetenan yang dianjurkan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak.

Setakat ini perkhidmatan tersebut disediakan di sekitar kawasan pesisir Bandar raya Kuching seperti Kampung Muhibah, Kampung Semilang Beradek, Kampung Sibu Laut dan Kampung Salak.

Pelajar yang menaiki bot ke sekolah diberi kad pintar yang mengandungi kod QR yang akan diimbas oleh operator bot penumpang setiap kali menggunakan perkhidmatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan