Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota penguat kuasa Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menemui sejumlah najis tikus pada pemeriksaan di sebuab pemis makanan di sini. Foto Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Penemuan najis tikus, tiga kedai makan ditutup 14 hari

GEORGE TOWN, 28 Sept: Tiga kedai makan di bandar raya ini diarahkan tutup selama dua minggu selepas Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menemui najis tikus di premis terbabit kelmarin.

Operasi bermula pukul 8 malam itu membabitkan premis di Lebuh Tek Son, Jalan Penang dan Lebuh Pantai di sini.

MBPP menerusi satu kenyataan berkata, operasi berkenaan dibuat dengan menumpukan kepada aspek kebersihan dan penglibatan warga asing yang bekerja di premis makanan terbabit.

“Kesemua premis itu juga didapati gagal menyediakan kawalan makhluk perosak (pest control) secara berjadual.

“Ketiga-tiga premis diarah tutup serta-merta selama empat 14 hari berkuatkuasa 26 September ekoran penemuan najis tikus,” kata kenyataan itu hari ini.

Katanya, tindakan itu dikenakan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.

Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang yang menyertai operasi sama turut menahan enam warga asing yang bekerja di dua buah premis berkenaan.

Katanya, lima daripada mereka disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan seorang lagi melanggar Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan