Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi ketika melawat tapak Projek Pembangunan Perumahan Bandar Baru Sebuyau

Pemangkin pusat ekonomi kawasan pesisir pantai

BySheera Abg Mansor

SEBUYAU, 28 Sept: Projek pembangunan Bandar Baru Sebuyau bakal menjadi pemangkin untuk menjadikan daerah ini sebagai salah satu pusat ekonomi kawasan pesisir pantai.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, bilangan penduduk yang ramai dan kedudukan lokasi strategik membolehkan pemaju luar lebih yakin menanam modal serta membina lebih banyak projek di kawasan tersebut.

“Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sering mengutarakan dalam usaha Kerajaan Sarawak merealisasikan perancangan ini, daerah pesisir akan dilengkapkan dengan infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan awam termasuk perumahan.

“Ini untuk membolehkan penduduk setempat menikmati sumber pendapatan baharu sekali gus meningkatkan ekonomi di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Kesyukuran Projek Pembangunan Perumahan Bandar Baru Sebuyau, pada Sabtu.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menjelaskan, projek perumahan rakyat merupakan komponen penting dalam Program Pembaharuan Bandar dan Pembangunan Bandar Baharu Sebuyau.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak merancang untuk membina sebanyak 235 unit rumah dua tingkat di Bandar Baharu Sebuyau secara berperingkat di tapak tanah seluas lebih kurang 41.2 ekar.

“Pelaksanaan fasa satu projek ini melibatkan pembinaan 100 unit rumah termasuk infrastruktur dengan kos RM77.15 juta yang akan bermula pada Oktober tahun ini dan dijangka siap pada suku kedua 2027 atau dalam tempoh 30 bulan.

“Rumah yang akan dibina oleh LCDA (Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah) ini bersaiz 871.87 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi (tandas),” ujarnya.

Tambahnya, projek pembangunan tersebut bakal memenuhi impian penduduk Sebuyau untuk memiliki rumah sendiri.

“Hasrat warga sebuyau untuk melihat projek perumahan kerajaan seperti di tempat lain akhirnya menjadi kenyataan.

“Harapan saya dan semua warga Sebuyau agar pelaksanaan projek ini berjalan lancar serta mengikut jadual dan kualiti ditetapkan,” jelasnya.

Menurutnya, Kerajaan kini sedang memperhalusi syarat dan mekanisme sesuai untuk urusan pembelian rumah tersebut yang dibina khas untuk warga Sebuyau daripada golongan B40.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan