Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap pada pada Majlis Penutupan Para SUKMA XXI di Stadium Perpaduan malam ini. Foto TVS

Para SUKMA XXI: 22 rekod kebangsaan dipecahkan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 28 Sept: Para SUKMA XXI menyaksikan sebanyak 22 rekod kebangsaan berjaya dipecahkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, lebih menarik lagi, atlet yang bertanding kali ini turut memecahkan 71 rekod kejohanan.

“Kemampuan memecahkan rekod merupakan sesuatu yang patut dibanggakan.

“Ia hasil semangat kesukanan membara dan sikap atlet itu sendiri yang melakar kejayaan lebih besar berbanding sebelum ini.

“Tahniah kepada semua atlet yang mempamerkan kecemerlangan ini. Saya percaya setiap kejayaan pada temasya kali ini adalah langkah untuk mencapai kejayaan lebih gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Para SUKMA XXI di Stadium Perpaduan malam ini.

Sementara itu, sebanyak 18 rekod kebangsaan dipecahkan di kolam renang, tiga untuk powerlifting dan satu memanah.

Acara renang turut menjadi venue untuk atlet memecahkan rekod kejohanan dengan 33 rekod diikuti 31 rekod dalam olahraga, enam powerlifting dan satu memanah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan