Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Atlet Para Tenpin Boling Sarawak, Fadelis Givan, Atlet Boling Padang Perak, Siti Maisarah Md Lani dan Pengurus Para Boling Padang Pulau Pinang, Mohd Basir Mat Daud. Foto TVS

Para SUKMA: Sarawak gelanggang perpaduan para atlet

KUCHING, 28 Sept: Temasya Para SUKMA Sarawak XXI 2024 yang melabuhkan tirai hari ini pasti menjentik seribu kenangan buat para atlet dan mereka yang terlibat.

Atlet para tenpin boling Sarawak, Fadelis Givan mengakui meskipun bermusuh di dalam gelanggang, kesemua atlet tetap bersatu hati di bawah payung perpaduan negara.

“Kita di Sarawak memang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum, apabila Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA, memang boleh merapatkan hubungan antara kaum.

“Semua berkenalan dengan atlet dari negeri lain, walaupun mempunyai kekurangan, walaupun di dalam gelanggang adalah musuh, tetapi tetapi menjadi kawan di luar,” katanya.

Fadelis dalam pada itu berharap akan semangat juang yang dipamerkan mereka akan berkekalan seiring dengan semangat kesukanan yang membara.

Senada dengannya, atlet boling padang Perak, Siti Maisarah Md Lani menyifatkan penganjuran edisi kali ini amat bertepatan dengan temanya iaitu Semangat Perpaduan Membara.

Dalam mempupuk semangat kebersamaan itu, katanya perpaduan dapat dicapai melalui temasya sukan.

“Pendapat saya boleh (bersatu padu) sebab dia dapat menyatukan pelbagai kaum dengan pelbagai sukan seperti badminton tenpin boling dan lain lain,” katanya.

Pada masa sama, Pengurus para boling padang bagi Pulau Pinang, Mohd Basir Mat Daud menyifatkan ia merupakan platform penting dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

“Kerana sukan ini sangat luas, Para SUKMA ini menggabungkan semua bangsa Malaysia, ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya,” katanya.

Sarawak berjaya melunaskan misi merampas kejuaraan Para SUKMA edisi kali ini selepas menamatkan saingan temasya itu di tangga kedua pada 2022 yang hanya dibezakan empat pingat emas di belakang Sabah.

Berdasarkan pungutan pingat ketika ini, kontinjen tuan rumah mengumpul 82 pingat emas, 53 perak dan 73 gangsa, manakala Sabah pula dengan 62 emas, 42 perak dan 31 gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan