Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii memantau projek pembinaan Rumah Lingga dan Jessica sambil meninjau masalah penduduk di kawasan itu. Foto TVS

Kerajaan Sarawak peruntuk RM2.9 juta bina dua rumah panjang di Sarikei

SARIKEI, 28 Sept: Kerajaan Sarawak memperuntukan lebih RM2.9 juta bagi membantu pembinaan dua buah rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, pembangunan melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) itu dilaksanakan di bawah Skim Pinjaman Rumah Panjang yang disediakan oleh agensi berkenaan.

Menurutnya pembinaan melibatkan rumah panjang pertama dan terpanjang di Sarikei iaitu dengan 74 pintu, Rumah Lingga Ujang, yang terletak di Sungai Selangan.

“Rumah panjang ini menerima pembiayaan sebanyak RM2,220,000 manakala, setiap pintu mendapat peruntukan RM30,000.

“Sementara rumah kedua pula, Rumah Jessica Patrick Sebangkoi yang mempunyai 15 pintu dan menerima pembiayaan keseluruhan bernilai RM750,000 manakala setiap pintu menerima RM50,000,” katanya ketika melakukan tinjauan ke atas tapak projek, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, kerajaan di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga memperuntukkan sejumlah dana khas untuk pembangunan infrastruktur asas termasuk menaik taraf rumah panjang di Sarikei dan Meradong.

Langkah proaktif itu katanya, bertujuan meningkatkan taraf hidup dan menjaga kepentingan rakyat Sarawak dengan lebih baik.

“Saya berharap melalui peruntukan yang disalurkan penduduk kedua-dua rumah panjang ini akan menyediakan kediaman yang lebih selamat dan selesa,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Lingga Ujang dan Tuai Jessica Patrick menzahirkan penghargaan kepada Tiong Sii atas bantuan yang dihulurkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan