Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesemua 330 penghuni terdiri daripada 176 orang lelaki dan 154 wanita dewasa, 17 kanak-kanak, 12 orang bayi dan tiga lagi Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya menyelamatkan diri. Foto: Bomba

Kebakaran rumah panjang Niga Sungai Tinjar, 330 hilang tempat berteduh

ByFarah Diyana Samsuddin

MIRI, 28 Sept: Seorang wanita cedera dalam kebakaran yang meranapkan sebuah rumah panjang 46 pintu, RH Niga Sungai Tinjar, di sini pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata bagaimanapun kesemua 330 penghuni terdiri daripada 176 orang lelaki dan 154 wanita dewasa, 17 kanak-kanak, 12 orang bayi dan tiga lagi Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya menyelamatkan diri.

“Satu blok rumah panjang jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus dengan keluasan 20×100 kaki persegi,” katanya.

Menurutnya, sebuah lagi blok di hadapan rumah panjang itu (10 pintu) berjaya diselamatkan dalam kebakaran berkenaan.

“Anggota mengalami kesukaran untuk ke lokasi kebakaran sejauh 122 kilometer (km) dan terpaksa mengharungi 36km ‘offroad’ oleh kerana tiada akses untuk jentera,” jelas laporan semalam.

Dalam pada itu, katanya sebaik menerima laporan kira-kira pukul 12.17 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng segera digerakkan ke lokasi terbabit.

“Setiba dilokasi operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 800 kaki 2 nozel, sumber air terbuka dari sungai berdekatan.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga tiada lagi nyalaan dan punca-punca api,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan