Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kem Perpaduan Anak Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kuching

Hidupkan kembali sekolah wawasan sebagai wadah perpaduan

KUCHING, 28 Sept: Projek sekolah wawasan yang dimulakan pada tahun 2003 perlu dihidupkan semula bagi merapatkan hubungan antara pelajar sekolah selain menjadi wadah pengukuhan perpaduan negara.

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, kementeriannya kini dalam proses meneliti semula konsep sekolah wawasan secara lebih terperinci sebelum diajukan kepada Jemaah Menteri.

“Antara dua syor yang dikemukakan melalui Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 di Kuala Lumpur baharu-baharu ini adalah untuk memperkenalkan semula konsep sekolah wawasan,” katanya.

“Inisiatif ini diterajui oleh Arkib Negara Malaysia dan cadangan ini akan diteliti sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Kem Perpaduan Anak Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kuching malam ini.

Pada majlis sama, Aaron mahu kem tersebut diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi menterjemahkan penghayatan nilai Rukun Negara dalam kalangan pelajar selain membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian.

“Falsafah yang kita gunakan adalah Rukun Negara dan Rukun Negara inilah ditafsirkan sebagai falsafah perpaduan, dan sebab itu di semua majlis sekarang ini, kita hidupkan kembali untuk melafazkan Rukun Negara,” ujarnya.

Aaron turut menyeru generasi muda di negara ini bukan sahaja cakna tentang prinsip Rukun Negara malah memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilainya untuk memastikan kelestarian keharmonian serta perpaduan di negara ini.

Kem tersebut merupakan anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama rakan strategik yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Lebih 124 pelajar pelbagai etnik dari seluruh negara menyertai kem yang diadakan di Kuching bermula 26 hingga 28 September ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JPNIN, Dato Che Roslan Che Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Zuraini Abu Hassan, Pengarah JPNIN Sarawak, Diwarna Azool dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan