Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Bolivia Evo Morales tidak dibenarkan oleh perlembagaan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2025, lapor Xinhua memetik kenyataan kerajaan Bolivia pada Jumaat. Foto fail AFP

Bolivia sahkan Evo Morales tidak layak bertanding pilihan raya presiden 2025

ByBernama

LA PAZ, 28 Sept: Bekas Presiden Bolivia Evo Morales tidak dibenarkan oleh perlembagaan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2025, lapor Xinhua memetik kenyataan kerajaan Bolivia pada Jumaat.

Timbalan Menteri Komunikasi Gabriela Alcon berkata sekatan itu berpunca daripada Perlembagaan negara bukannya keputusan yang dibuat oleh pentadbiran semasa.

Alcon menggesa penyokong Morales agar menghormati rangka kerja undang-undang Bolivia, kerana ada yang mengadakan protes mendesak pencalonannya dibenarkan.

“Perkara paling penting ialah menghormati kehendak rakyat Bolivia,” kata Alcon, sambil menegaskan bahawa perlembagaan negara itu telah diluluskan oleh rakyatnya dan “mesti dipertahankan.”

Kenyataannya dibuat selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Amerika (IACHR) menegaskan bahawa Bolivia tidak membenarkan pemilihan semula tanpa had. IACHR juga menolak tiga aduan hak asasi manusia yang difailkan terhadap kerajaan Bolivia berkaitan isu ini.

Alcon memetik Perkara 168 Perlembagaan Bolivia, yang menetapkan bahawa penggal presiden selama lima tahun dan mereka hanya boleh dipilih semula sekali berturut-turut. Morales yang telah berkhidmat beberapa penggal oleh itu tidak layak untuk bertanding semula.

Beliau juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 2023 yang memutuskan bahawa pemilihan semula tanpa had “bukan hak asasi manusia,” satu pendirian yang disokong oleh IACHR. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan