Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian melakukan simbolik perasmian semasa Majlis Pembukaan Klinik Perubatan PMG di Kota Samarahan pada Sabtu.

Beri pilihan untuk dapatkan perkhidmatan kesihatan

KOTA SAMARAHAN, 28 Sept: Pembukaan cawangan baharu Klinik Perubatan PMG di Bahagian Kota Samarahan bakal memberi pilihan kepada penduduk setempat mendapat perkhidmatan kesihatan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, perkhidmatan tersebut boleh dianggap sebagai barisan hadapan dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, pembukaan klinik tersebut merupakan usaha Kerajaan Sarawak menjaga kesihatan masyarakat dengan kerjasama syarikat swasta.

“Klinik seperti ini menyediakan perkhidmatan menyeluruh mengikut perubahan diperlukan Sarawak. Kita perlu memiliki semua ini sebab perkhidmatan seperti ini menjadi contoh apa yang kita boleh lakukan bersama.

“Ini bukti kita boleh menjaga kesihatan secara bersama,” katanya berucap pada Majlis Pembukaaan Klinik Perubatan PMG Kota Samarahan hari ini.

Setakat ini PMG memiliki 23 cawangan klinik di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Bintangor, Sibu, Kanowit, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sementara itu, Dr Sim berkata, kerajaan Sarawak bersetuju secara prinsip berkaitan perwakilan dalam Cawangan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) di wilayah ini.

Tambahnya, perkara tersebut secara dasarnya dipersetujui namun segala perincian sedang diusahakan.

“Jadi di bawah menteri kesihatan sekarang, beliau sangat baik dan secara asasnya mereka setuju sebab semua klinik swasta ini di bawah CKAPS,” ujarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan pada 19 September 2024 melakukan kunjungan ke Sarawak bagi membincangkan hal ehwal kesihatan termasuk membicarakan perkara berkaitan penubuhan CKAPS di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan