Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Khas untuk Kecemerlangan Kepimpinan Serantau dalam Pelancongan: ‘Menjuarai Pertumbuhan Mampan’ pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9, pada Jumaat. Foto Alex Teo (TVS)

Abang Johari terima Anugerah Khas Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Khas untuk Kecemerlangan Kepimpinan Serantau dalam Pelancongan: ‘Menjuarai Pertumbuhan Mampan’ pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9, pada Jumaat.

Pengiktirafan itu diberi bagi menghargai sumbangan beliau yang telah membawa impak mendalam dan berkekalan kepada landskap pelancongan di Sarawak.

Majlis turut menyaksikan Anugerah Khas Hornbill – Pencapaian Sepanjang Hayat didedikasikan kepada Datuk Aloysius J. Dris atas pencapaian luar biasa dan sumbangan beliau dalam memajukan industri pelancongan ke arah yang lebih baik.

Beliau membawa pulang piala dan sijil yang disampaikan oleh Abang Johari pada majlis yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, malam tadi.

Seterusnya, program ‘Sia Sitok Sarawak’ oleh Sarawak Tourism Board (STB) dan Sarawak Tourim Federation (STF) masing-masing menerima Anugerah Khas Hornbill – COVID-19.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB), Sharzede Datu Salleh Askor.

Manakala bagi Kategori Penginapan Terbaik, Hotel The Waterfront muncul sebagai pemenang kategori 5 Bintang dan kategori 4, 3, 2 dan 1 Bintang masing-masing dimenangi Hotel Imperial Palace, Miri dan Inn 86, Bintulu.

Pengiktirafan bagi kategori Pengalaman Inap Desa Terbaik pula dimenangi oleh Bala Metu Homestay, Bario Highland.

Kategori Penyedia Pelancongan Perubatan Terbaik bagi kategori Pelancongan Minat Khas Terbaik pula dimenangi Timberland Medical Centre.

Kategori ini turut dimenangi Aramaz Borneo (MM2H Sdn. Bhd) bagi Anugerah Ejen SMM2H Terbaik manakala Curtin University Malaysia pula menang Anugerah Pembekal Pendidikan Antarabangsa Terbaik untuk kategori yang sama.

Bagi Kategori Tarikan Terbaik, Taman Negara Mulu mendahului finalis lain bagi Anugerah Tarikan Pengunjung Paling Memikat, manakala Penan Women Project oleh P.W.P Company menang Anugerah Inisiatif Pelancongan Berasaskan Komuniti Terbaik.

Sarawak Cultural Village Sdn. Bhd dan Sarawak Adventure Challenge pula masing-masing mengungguli anugerah bagi Kategori Pengalaman Acara & Festival Pelancongan Terbaik.

Sementara kategori Pengalaman Makan, Peruncitan dan Rekreasi Terbaik masing-masing dimenangi Jordan’s Signature Cubic Delight PLT (Pengalaman Hiburan Paling Menawan), Attiya Spa and Massage (Pengalaman Spa dan Kesejahteraan Terbaik), Kedai Cenderamata Muzium Budaya Borneo (Pengalaman Membeli-belah Pelancongan Terbaik), River View Cafe oleh Hilton Kuching (Pengalaman Makan Kasual Terbaik) dan Kantin at The Granary (Pengalaman ‘Fine Dining’ Terbaik).

Para pemenang kategori Promosi Terbaik dan Sumbangan Media Sosial kepada Kategori Industri Pelancongan adalah terdiri daripada Sam Wong, Filmco Sdn. Bhd (Program TV/Online Terbaik di Sarawak), Ivy Pan, Borneo Talk (Program Artikel Pelancongan Terbaik di Sarawak), dan Penyumbang Media Sosial Terbaik dimenangi Taste & Travel oleh Sarawak Dayak Daily.

Kategori Pemandu Pelancong pula dimenangi Ecogreen Holidays Sdn Bhd (sebagai Operator Pelancongan Terbaik , EU Holidays Pte. Ltd. (Ejen Pelancongan Luar Negara Terbaik), Borneo Adventure Sdn. Bhd (Pengalaman Lawatan Paling Tidak Dapat Dilupakan), Semadang Borneo Adventure Sdn. Bhd (Pengalaman Minat Khas Paling Menawan) dan Anderson Michael Gawan (Pemandu Pelancong Terbaik).

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berupa piala, sijil dan wang tunai RM5,000 yang disampaikan Abdul Karim dan timbalannya, Datuk Sebastian Ting.

Bertemakan “Wind of Resilience”, Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9  menerima sebanyak 221 penyertaan daripada pemain-pemain industri dengan 72 peserta layak merebut gelaran juara dalam lapan kategori utama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan