Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berkata kejayaan itu dibuahkan selepas mengatasi sasaran 80 pingat emas iaitu sebanyak 82 pingat dibutirkan setakat ini sebelum temasya itu melabuhkan tirai pada esok. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari sahkan Sarawak juara keseluruhan Para SUKMA XXI 2024

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan gelaran juara keseluruhan Para SUKMA XXI 2024, sebentar tadi.

Beliau berkata kejayaan diperoleh selepas mengatasi sasaran 80 pingat emas iaitu sebanyak 82 pingat dibutirkan setakat ini sebelum temasya itu melabuhkan tirai pada Sabtu.

“Selepas SUKMA 2024, malam ini sudah disahkan juga bahawa kita ialah juara untuk Para SUKMA 2024.

“Lebih 80 sasaran kita, sekarang ini sasaran sudah dapat dicapai. Kita sudah menerima dua kemenangan (SUKMA dan Para SUKMA 2024),” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

Terdahulu, Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa setakat 7.30 malam tadi, manakala juara bertahan, Sabah akur di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.

Sebanyak sembilan pingat emas dijangka menjadi taruhan dalam saingan boling padang, pada Sabtu.

Majlis Penutupan Para SUKMA 2024 dijadualkan berlangsung pada Sabtu jam 8.30 malam di Stadium Perpaduan sekali gus mengumumkan Atlet Terbaik Lelaki dan Wanita Para SUKMA 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan