KUCHING, 28 Sept: Sebanyak 21 rekod kebangsaan dipecahkan pada temasya Para SUKMA XXI tahun ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 13 rekod dipecahkan di kolam renang.
Enam lagi rekod dipecahkan dalam powerlifting manakala dua rekod dalam memanah.
Sementara itu, sebanyak 26 rekod kejohanan berjaya dipecahkan yang kebanyakannya menerusi acara renang.
Di kolam renang menyaksikan 15 rekod kejohanan dipecahkan.
Powerlifting pula menyaksikan lapan rekod kejohanan dipecahkan selain satu rekod dipecahkan dalam olahraga.
Sebanyak dua rekod kejohanan turut dipecahkan dalam acara memanah. – TVS