Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian bertemu dengan presiden Perancis Emmanuel Macron semasa di luar Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York City pada 24 September 2024. Foto AFP

1,100 loh bersejarah Iran kembali bersama kepulangan Pezeshkian dari New York

ByBernama

TEHRAN, 28 Sept: Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membawa pulang 1,100 loh bersejarah dari New York selepas kembali ke tanah air usai menghadiri mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar raya Amerika Syarikat (AS) itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Loh bersejarah itu milik Darius I, juga dikenali sebagai Darius Agung, yang memerintah Empayar Achaemenid pada abad ke-5 SM.

Pemulangan loh itu berlaku selepas rundingan intensif antara Kementerian Luar dan Warisan Kebudayaan Iran serta Jabatan Undang-Undang Pejabat Presiden dengan Institut Kajian Oriental di Universiti Chicago.

Loh ini kebanyakannya ditulis dengan tulisan pepaku dalam Bahasa Elamite atau Aramaik, dengan pelbagai bentuk dan saiz, dan kandungannya kebanyakannya berkaitan dengan pengurusan sumber, jalan raya, hubungan sosial, keperluan asas hidup, upah dan ekonomi masyarakat Achaemenid semasa pemerintahan Darius I.

Tulisan pepaku adalah sistem tulisan yang digunakan untuk menulis beberapa bahasa di Timur Dekat Purba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan