Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang pingat emas bagi acara berpasukan tiga, Wong Kee Soon gembira meraih emas keduanya hari ini selepas menjalani latihan peribadi di Taiwan. Foto TVS

Wong gembira raih emas, selepas berlatih sendiri di Taiwan

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 September: Pemenang pingat emas bagi acara berpasukan tiga, Wong Kee Soon gembira meraih emas keduanya hari ini selepas menjalani latihan peribadi di Taiwan.

Menurut anak jati Sibu itu, dia berpuas hati dengan persiapan rapi yang dilakukan sepanjang latihan tersebut yang akhirnya melakar satu kejayaan.

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi kepercayaan kepada saya walaupun saya berada di Taiwan tetapi mereka (kerajaan) mahu menerbangkan saya untuk menyertai pertandingan ini.

Ini merupakan emas kedua yang saya menangi bagi para SUKMA edisi ini. Saya gembira kerana saya sebelum ini hanya melakukan latihan sendiri di Taiwan dengan merakam video untuk dihantar kepada jurulatih yang berada di sini (Sarawak),” katanya ketika ditemui TVS, selepas tamat acara kategori berpasukan tiga TPB8+TPB9+TPB10 di Megalanes Emart, di sini, hari ini.

Berkongsi cerita, Wong berkata, jurulatih akan menilai prestasinya menerusi video yang dihantar tersebut.

“Saya merupakan anak kelahiran Sibu dan menetap di Taiwan hampir sepuluh tahun. Oleh kerana minat saya dalam sukan ini, jadi saya berlatih sendiri di Taiwan. Jurulatih akan menilai prestasi saya termasuk dari segi kelemahan yang perlu diperbaiki menerusi video yang saya hantar,” katanya lagi.

Sementara itu, pasangan trio Wong iaitu Julaihi Khalik Lamat mendedikasikan emas itu kepada mendiang jurulatihnya.

Kata Julaihi, mendiang Jimmy Siang banyak mengajar dan memperkenalkan dia dengan boling tenpin.

“Emas ini sudah semestinya saya dedikasikan kepada mendiang dan juga kerajaan Sarawak.

Mendiang merupakan jurulatih pertama saya dan dia juga yang mengajak saya menyertai sukan ini dulu,” katanya.

Untuk rekod, Julaihi sebelum ini pernah mengharumkan nama Sarawak dengan membawa pulang dua emas di kejohanan Para SUKMA Sarawak 2016, satu emas dan satu perak menerusi penampilan di Para SUKMA Perak, manakala masing-masing satu emas dan gangsa di temasya Para SUKMA Kuala Lumpur serta yang terkini satu emas dan perak pada edisi 2024.

Manakala menurut atlet muda trio Marcos Chang Hao Hong pula, dia memaklumkan bahawa dia akan memberi fokus untuk temasya yang seterusnya.

Kata atlet berusia 19 tahun itu, dia tidak akan menyerah untuk memastikan kemenangan berada dalam genggamanya.

“Saya hanya fokus dan melakukan sehabis yang baik, bagi saya untuk berpasukan kerjasama itu penting walaupun tadi kita agak kebelakang namun kami percaya dengan semangat berpasukan kami boleh meraih emas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan