Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Sutekno Ahmad Belon (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran JTM-Drone Technology Hub, Pelancaran ESG JTM dan Program Perjanjian Smart Partnership 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Teknologi dron cipta peluang kerja, tingkatkan kebolehpasaran belia

ByVanessa Enjop

MIRI, 27 Sept: Teknologi dron terus membuka lembaran baharu dalam sektor pekerjaan, dengan mencipta peluang kerja bernilai tinggi tanpa menjejaskan tenaga kerja tempatan.

Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Sutekno Ahmad Belon berkata pengembangan teknologi dron bukan sahaja mengurangkan kebergantungan majikan terhadap pekerja asing malah ia membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Kesannya dapat dilihat apabila dianggarkan sebanyak 20,000 unit dron telah digunakan secara komersial di seluruh negara(rujukan: KLSE Screener) khususnya dalam sektor perladangan, pembinaan, keselamatan dan pengurusan aset.  Dijangka sebanyak 100,000 pekerjaan bernilai tinggi akan diperlukan khususnya di sektor perladangan.”

Sutekno berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran JTM-Drone Technology Hub, ESG JTM & Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara ILP Miri dan Jhexa Malaysia di ILP Miri, hari ini.

“Teknologi dron telah terbukti dapat memberikan impak dan perubahan besar kepada sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, KESUMA amat menggalakkan program seperti yang dilaksanakan di ILJTM dikembangkan kepada program yang skala yang lebih besar,” jelas Sutekno.

Dalam pada itu, inisiatif Environmental, Social, and Governance (ESG) yang diperkenalkan oleh Kamaruzaman Mad Ali, yang bertujuan untuk “meningkatkan nilai pelaksanaan program latihan TVET di ILJTM” sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Syarikat seperti Sime Darby Plantation dan Petronas dijadikan contoh dalam amalan ESG di Malaysia.

Dengan kerjasama antara ILP Miri dan Jhexa Malaysia, masa depan teknologi dron dan ESG dalam TVET di Malaysia kelihatan semakin cerah, mempersiapkan tenaga kerja tempatan untuk cabaran industri global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan